ASSALAMUALAIKUM

Thursday, March 8, 2018

Bismillahirahmanirrahim بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم


Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh


Setelah sekian lama tidak mencurah ilmu, Alhamdulillah..hari ini dapat saya share sesuatu buat pembaca yang saya sayangi sekalian.



Ada orang Allah jadikan kaya. Kaya tu ujian untuk dia.

Ada orang Allah jadikan dia miskin. Miskin tu ujian untuk dia.

Ada orang Allah jadikan dia sihat. Sihat tu ujian untuk dia.

Ada orang Allah jadikan dia sakit. Sakit tu ujian untuk dia.

Ada orang Allah jadikan dia pemimpin yang di kenali dan ada nama. Nama itu ujian untuk dia.

Ada orang langsung tak di kenali. Tak di kenali itu pun ujian untuk dia.

Hidup ini semuanya ujian. Nak uji samada kita syukur atau kufur.

Apapun keadaan yang berlaku dalam hidup kita, syukurlah pada Allah. Buktima syukur dengan TAAT dan meninggalkan laranganNya.

Moga Allah himpunkan kita semua dalam syurga!

Aamiin 


Sunday, July 12, 2015

Zionis = Pengecut


Rampasan tentera Zionis terhadap sumbangan rakyat Malaysia melalui Aman Palestin di al Quds SEPATUTNYA menguatkan hati kita untuk terus boikot Zionis dan sekutunya.

Bukannya kuatkan tangan kita untuk kutuk sindir orang yang usaha boikot.
Boikot apa yang mampu dan teruskan.

Tak semestinya kena boikot semua, tapi boikot benda yang praktikal seperti McD, Coke, dan lain-lain yang praktikal.

Kalau korang rasa MAMPU nak boikot FB, Google, DELL, Apple dan sebagainya, boikotlah. Jangan sindir dan kutuk orang yang tak mampu.


Tapi kalau tak mampu boikot McD, macam pelik je.


By the way, tahniah Aman Palestin atas ketelusan anda, membuktikan sumbangan rakyat Malaysia sampai ke Palestin.

Dan tahniah juga kerana membuktikan Zionis ni pengecut, walaupun dengan NGO kebajikan seperti Aman Palestin. Sehingga sanggup tuduh Aman Palestin sebagai gerakan teroris !

TITISAN TINTA....

TITISAN TINTA....
Dalam sebuah pertemuan pasti ada perpisahan. Namun, perpisahan yang sangat indah adalah ketika kita bergenggam tangan, dan berjanji, "Kita untuk selamanya kawan, walaupun jarak menjauh, waktu memisahkan kita, namun dirimu akan tetap terkenang dalam sanubariku".