ASSALAMUALAIKUM

Monday, March 30, 2015

ermm...Doraemon !!

assalamualaikum dan salam sejahtera...
hari nie tetibe plak nk cari sejarah pasal DORAEMON...
wahh...doraemon comel kan...
macam aqu...hahahahaxD
#perasan...haaa, klau nak tahu pasal doraemon...nie sejarah nye...

Doraemon (ドラえもん) adalah sebuah manga Jepun popular yang dikarang oleh Fujiko F. Fujio ( 藤子·F·不二雄) (nama asal Hiroshi Fujimoto) pada tahun 1970 dan berkisah tentang sebuah robot berbentuk kucing yang datang dari abad ke-22, Doraemon. Dia dihantar ke zaman sekarang untuk menolong Nobita, seorang budak yang pemalas, agar keturunan Nobita dapat menikmati kejayaannya daripada terus menderita dari segi kewangan - yang bakal terjadi di masa depan yang telah diakibatkan oleh kejahilan Nobita. Kebanyakan cerita-cerita Doraemon berunsurkan komedi dan nilai-nilai murni seperti kejujuran, ketabahan, dan kehormatan. Pelbagai isu-isu alam sekitar juga sering dikisahkan, ini termasuk pemanasan global, kepupusan haiwan dan habitat, penebangan hutan, dan pencemaran alam. Topik-topik pendidikan seperti dinosaur, teori bumi rata, sejarah Jepun juga sering diceritakan.
Cerita Doraemon julung kalinya muncul pada Disember 1969 dan diterbitkan dalam enam majalah yang berlainan secara serentak. Sejumlah 1,344 cerita asal telah direka selama ini, yang diterbit oleh syarikat Shogakukan di bawah jenama komik Tentōmushi ( てんとう虫) (kumbang kura-kura) yang menjangkau 45 jilid. Cerita-cerita tersebut dikumpul dan disimpan dalam Perpustakaan Pusat Takaoka di bandar Toyama, Jepun, yang merupakan tempat kelahiran Fujiko.
Doraemon pernah dianugerahkan hadiah utama Anugerah Kebudayaan Tezuka Osamu ( 手塚治虫文化賞) pada tahun 1997.
Setelah lama wujud di dunia komik dan animasi, Doraemon merupakan salah satu watak animasi yang popular bukan sahaja di Jepun dan Malaysia, bahkan juga di negara-negara Asia dan Eropah. Doraemon merupakan salah satu manga terlaris dunia setelah lebih 100 juta salinan terjual.

 
Profil DORAEMON..
 
Doraemon merupakan seekor kucing robot, yang menjadi pembimbing dan pembantu Nobita. Dia dihantar ke masa kini oleh keturunan Nobita pada abad ke-22, Sewashi. Doraemon dihasilkan di kilang robot pada 3 September 2112. Doraemon asalnya bertelinga tetapi kedua-dua telinganya dimakan oleh tikus robot sewaktu di abad ke-22. Akibatnya, Doraemon menghadapi ketakutan yang mendalam terhadap tikus, meskipun berupa kucing robot. Makanan kegemaran Doraemon ialah dorayaki, sejenis kuih Jepun berbentuk bulatan leper. Ramai yang menganggap dorayaki sebagai asal-usul nama Doraemon. Bagaimanapun, adalah diketahui daripada satu jilid manga bahawa namanya berasal daripada perkataan Jepun bagi "kucing liar", dora neko, dan bahagian emon yang merupakan sebahagian nama Jepun zaman silam, seperti yang dilihat pada nama Horiemon. Wajah Doraemon berbentuk kebulatan di seluruh badannya, termasuk kepala, dengan tangan dan kaki berwarna putih, ekor merah. Berat badannya 129.3kg dan berketinggian 129.3cm. Doraemon mempunyai kocek 4-dimensi, semacam tempat menyimpan barang yang tiada had ruang yang selalu Doraemon gunakan untuk mengeluarkan pelbagai peralatan masa depan membantu Nobita.
 
so,tue je laa yang nak aqu ceritakan...Sekian Terima Kasih..
ASSALAMUALAIKUM...

layan dulu yerrr..

TITISAN TINTA....

TITISAN TINTA....
Dalam sebuah pertemuan pasti ada perpisahan. Namun, perpisahan yang sangat indah adalah ketika kita bergenggam tangan, dan berjanji, "Kita untuk selamanya kawan, walaupun jarak menjauh, waktu memisahkan kita, namun dirimu akan tetap terkenang dalam sanubariku".