ASSALAMUALAIKUM

Tuesday, June 30, 2015

Azam Ramadhan Kali Ini...



APAKAH AZAM Kita UNTUK RAMADHAN KALI INI?

***

1) Target berapa kali nak khatam quran?

2) Yang baca quran tak lancar dan tersekat-sekat, ada tak plan untuk belajar sungguh-sungguh Alquran sehingga lancar? Dah berapa tahun hidup, tapi masih belum lancar bacaan alquran. Kena target ramadhan ni perubahan.

3) Ada tak target supaya kita istiqomah tahajud setiap hari sepanjang ramadhan?

4) Ada target untuk menangis ketika berdoa, dan nangis baca quran, atau nangis tika bertaubat? Dah lama tak menangis. Asyik nangis tengok drama korea je. Target ramadhan ni, kita dapat menangis ingat Allah, rindu Allah!

5) Ada tak target untuk sedeqah? Berapa banyak nak sedeqah sepanjang ramadhan? RM 10, RM 100, RM1000, RM10,000?

6) Ada tak target untuk usaha meninggalkan maksiat? Kalau yang ketagih video lucah, ada target tak untuk usaha gila-gila tinggalkan benda tu? Yang ketagih tengok drama cintan cintu korea jepun melayu hindustan bangla, ada azam tu untuk tinggalkan benda mengarut dan merosakkan hati tu? Yang merokok, ada plan tak untuk tinggalkan?

7) Ada tak target untuk kuasai ilmu dengan banyakkan membaca? Apa buku yang kita target nak baca ramadhan ni? Buku SIRAH nabi, buku DAKWAH dan TARBIAH, buku-buku ilmiah, fiqh dan sebagainya. Buku Tarbiah Sentap, Momento, Bedtime Stories Sentap(sempat promote. Huhuhu), atau buku-buku yang membangkitkan kefahaman kita tentang islam? Asyik baca novel cinta je sampai bila? Kena move on.

8) Ada tak plan untuk taubat pada Allah? Dah berapa lama tak solat taubat? Ada tak target nak mintak maaf kat Allah dengan taubat yang jujur dan ikhlas, bukan pura-pura dan palsu?

9) Ada tak target untuk iktikaf kat masjid, buru pahala, kejar malam lailatul qadar, dan sebagainya?

Dan yang terakhir...

10) Korang plan nak jadi baik dan berubah time ramadhan sahaja, atau nak berubah jadi baik seumur hidup?

Ingat....

Tuhan kita adalah Allah. Bukan Ramadhan. Orang yang bertuhankan ramadhan, dia hanya baik time ramadhan. Tapi orang yang bertuhankan Allah, dia akan baik sampai mati.
"Celakalah, mereka yang bila tamat ramadhan, dia tidak di ampuni..."

Nauzubillah.

Salam ramadhan dari Saya!

Rasuah...!!


Dulu masa sebelum pergi PLKN, saya ada ambil lesen motor dan kereta yang mana saya pernah gagal sebanyak dua kali (bahkan saya tahu ada orang yang pernah gagal lebih 5 kali)

Ceritanya,

Hari selasa saya ambil ujian motor, gagal pula. Dia kata kalau nak ambil test, ambil selasa minggu depan. saya pun ok je la.

Kemudian hari rabu esoknya saya ambil ujian kereta, pun gagal jugak. Memang tension je masa tu.

Lepas tu tiba-tiba abang yang tolong uruskan saya punya licence bagitahu saya,

"Bro, kesian aku tengok kau semalam failed, hari ni pun failed. Aku ada cara nak tolong kau.."

Saya pun tanya la apa dia. Dia kata,

"Kau bagi kat aku RM70, nanti aku bagi kat bro JPJ tu RM50. Nanti kau dah kira lulus. Minggu depan cuma ambik motor je.."

Saya macam blur dan pelik. Bila saya fikir2 balik,

"Eh bang, ni bukan rasuah ke?"

abang tu tersengih.

"Ni bukan rasuah, ni duit kopi. Aku nak tolong kau je."

Saya tepuk dahi.

"Takpelah bang. Saya lebih sanggup bayar lebih dari rasuah. Kang nak jawab apa dalam kubur.."

Saya terus blah dari situ. Abang tu terdiam panjang. Sejak dari tu, abang tu langsung tak tegur saya.


---

Nasihat saya...


Tinggal dan tolak rasuah walaupun kau bukan menteri dan orang keparat. Eh, korporat.

Sekian,Terima Kasih..Assalamualaikum

Jom Jadi Hebat..


Umar al-Khattab, Muawiyah Abu Sufian, Khalid al-Walid dan ramai lagi sahabat yang ada sejarah hitam dalam diri sebelum mereka Islam.

Selepas Islam, mereka jadi manusia yang hebat!

Apalah sangat sejarah hitam kita berbanding mereka?

Islahkan diri.


Jom jadi hebat seperti mereka!
Ayuh terima cabaran ini!

Jangan Dengar Lagu Perempuan...Haram !!


Dengar Lagu Perempuan dan Metal

--

Dulu masa saya zaman sekolah dan matrikulasi, saya antara yang suka melayan lagu-lagu terutama lagu perempuan. Siapa penyanyi tu, tak payah sebut la.

Buat malu aku je.

Bukan sekadar lagu-lagu perempuan, saya pun selalu layan lagu-lagu metal macam MCR, A7X, COF, etc.

Tetapi..

Bila satu hari saya dengar tazkirah kat masjid KMJ tu, dia sebut tentang haram dengar lagu-lagu yang ada unsur haram seperti syirik, seks, cinta sebelum nikah, bahkan haram kepada lelaki untuk dengar lagu suara perempuan.

Saya sentap terus hari tu. Mulanya rasa macam tak nak terima apa ustaz tu sebut, tapi syukur iman saya masih ada lagi masa tu. Saya fikir memang betul apa ustaz tu sebut, dah la dia bawa dalil lagi.

Saya hujah dan dalil apa pun takde, tapi asyik bajet bagus dan betul je. Kena pula ego saya melangit biru sebab masa tu saya biasa jadi imam kat masjid KMJ.

Gila kau imam layan lagu COF dan A7X. Lebih hampeh, layan lagu perempuan pulak tu. Halamak.

---

Akhirnya malam tu saya muhasabah sungguh2. Saya istighfar banyak2, sebab saya teringat amaran Allah bahawa celakalah orang yang dah diberi peringatan, tetapi tak nak terima.

Malam tu juga, saya delete semua lagu semua tu dalam handphone, MP3, dan pendrive (masa tu takde laptop). Termasuk juga saya delete lagu Nasyid yang jiwang karat tangkap leleh bagai.

Syukur pada Allah, sejak dari tu saya dah tak dengar lagi lagu2 macam tu, hatta lagu nasyid yang jiwang karat tangkap leleh sekalipun. Malah kalau dengar radio dalam kereta sekalipun, kalau keluar lagu2 perempuan ataupun yang haram, saya terus tukar channel.

Kalau takde channel yang best, tutup je la radio kereta.

wallahu'alam

Kau Tegur...Kau Rase..??


Macam mana nak tegur orang lagi TUA terutama MAK AYAH atau abang kakak kita sendiri?

---

1. Dakwah ini penuh SENI.. Ia tak SEMESTINYA korang nak dakwah ni, korang kena tegur secara DIRECT..

kena cakap face to face..
kena bagi "ceramah" pada mereka..
kena bagi "tazkirah" ringkas pada mak ayah..

Tak semestinya..

Dalam Sunnah Rasulullah ada tunjukkan bertapa seninya dan kreatifnya dakwah ni..

Rasulullah berdakwah dengan cara bagi makan pada Yahudi buta..
Rasulullah berdakwah dengan cara tegur direct pada sahabat..
Rasulullah berdakwah dengan cara hantar surat utusan kepada raja-raja sekeliling Mekah seperti Kaisar, Rom, Yaman, dan lain2..

Bahkan Rasulullah dan sahabat berdakwah dengan cara PERANG dengan SENJATA hingga runtuhnya empayar Byzantine, empayar Parsi, dan sebagainya..

Dakwah ni seni..

Cuma korang kena guna 'otak' sikit untuk kreatifkan cara dakwah DENGAN SYARAT mesti ikut SYARAK dan PRINSIP ISLAM !

Janganlah korang nak dakwah pada orang hisap rokok, korang join merokok sekali.. Atau korang nak berdakwah pada perempuan, tapi couple dengan perempuan tu dengan alasan nak dakwah pada dia..
Tu bengong namanya..



2. Dalam kes hari ni, terutama nak dakwah pada orang yang lebih tua, terutama ibu bapa, kena ada SKILL..

saya ulang balik, kena ada SKILL..

ELAKKAN untuk tegur DIRECT..

Contoh kalau mak kita tak pakai tudung, ELAKKAN untuk tegur direct dengan kata, "mak, pakai tudung la.. aurat tu.."

Sebab apa?

Sebab biasanya orang lebih tua dari kita ni ada EGO nya tersendiri.. Jadi kita kena pandai "main", kalau tak kita kena sembur dengan kata-kata,

"Jangan pandai mengajar orang tua la.. aku lagi banyak makan garam dari kau.."




3. Macam mana SKILL nak tegur mak ayah?

(1) Tegur dalam bentuk BERKONGSI CERITA.. Biasanya perempuan ada kelebihan untuk skill ni..

Contohnya ;

korang baru balik rumah.. Korang borak-borak dengan mak korang.. Sampailah korang mula 'masuk jarum'.. Macam mana?

Korang cakap la begini (ini contoh je, tak semestinya kena tiru),
"Mak.. tadi kat sekolah ustazah kat kena pakai tudung.. Cuba mak pakai tudung.. mesti nampak comey punya.. serius mak.. pakai la.."

Ini contoh je.. korang boleh buat yang lebih baik sebab korang lebih MEMAHAMI situasi korang sendiri..
saya bagi panduan umum je..


(2) Tegur dalam bentuk BERGURAU tapi bukan SINDIR atau PERLI..
Yang ni susah sikit, sebab kebiasaannya orang akan ingat kita menyindir.. Tapi korang usahalah jaga NADA korang supaya tak bunyi menyindir..

Contohnya :

"Ayah, saya rasa ayah mesti lagi kuat kalau tak merokok.. takpun ayah mesti lagi super hensem punya.."

Kalau super hensem tu macam sindir pula.. tapi ikut korang la, sebab korang lebih memahami situasi korang..



(3) Tegur dalam bentuk BARANGAN atau HADIAH..

Yang ni biasa sesuai buat masa hari jadi, anniversary, atau hari2 yang special untuk parents korang...

Contohnya korang bagi hadiah al Quran sambil SELITKAN NOTA kat Quran tu.. korang tulis la,

"Semoga Ayah baca quran ni selalu ya.. Saya nak juga pahala mengalir daripada bacaan ayah.."

ataupun korang bagi hadiah tudung labuh pada mak atau akak korang..
dan korang SELITKAN NOTA kata situ, contohnya korang tulis,

"SEmoga setiap kali mak atau kakak pakai tudung ni, ada pahala untuk kita semua dan jadi sebab kita semua masuk Syurga.. teringin nak kumpul sama-sama dalam Syurga..."

atau apa2 jua lah yang korang rasa sesuai..


(4) Tegur dalam bentuk SURAT.

Yang ni nampak macam zaman dulu kala.. tapi okay je kalau korang nak praktikkan..

Korang tulis lah surat hantar ke kampung.. Tapi janganlah obvious sangat..

Maksudnya, surat pertama dan kedua sekadar tanya khabar dan sebagainya.. dah masuk surat ketiga barulah buat teguran sikit..

atau kalau mak ayah korang ni jenis ada facebook, korang share lah something kat wall korang.. dengan harapan mereka baca..


(5) Tegur guna ORANG KETIGA..

Yang ni korang kena minta tolong makcik atau pakcik korang yang lebih baik sikit untuk tegurkan..

atau minta sesiapa yang mak ayah korang respek untuk tegur mereka..
Biasanya mereka akan dengar cakap atau pandangan orang yang mereka lagi hormat..



4. Saya rasa 5 pandangan saya ni pun dah cukup untuk korang practicekan..

atau korang ada idea baru yang lebih segar dan power, boleh sharekan kat ruangan komen..

DAN PALING PENTING SEKALI..

korang usaha macam mana pun, kalau takde DOA tak guna juga.. Sebab Allah lah yang kawal hati-hati manusia..

Doa SUNGGUH2.. menangis2..

seperti mana korang boleh doa dan solat istikharah nak dapatkan jodoh sampai menangis2, khusyuk, sampai termimpi2..

kenapa tak korang doa untuk mak ayah korang sampai nangis2, khusyuk dan termimpi2 mak ayah korang dapat hidayah?

wallahu'alam

Cintai "RASULULLAH"


Ada yang tanya,

"macam mana nak buktikan Cinta pada Rasulullah?"

--
Beginilah. Kita balik kepada asas, or back to the basic principle.

Kita semua kata cinta Rasulullah. Tapi cinta Rasulullah TAK CUKUP hanya sembang kencang je kata aku cinta Rasulullah, aku rindu Rasulullah bagai.

Ia memerlukan kepada PEMBUKTIAN.

Macam mana nak tunjukkan bukti kita cinta Rasulullah? So nak tunjuk bukti cinta pada Rasulullah ada 3 yang utama.

1. Taat perintah Allah.
2. Jauhi larangan Allah.
3. Buat Sunnah Rasulullah.

Dengan taat perintah Allah dan jauhi larangan Allah, kita akan perolehi TAQWA. TAQWA akan dapat melalui jalan TARBIAH.

Sunnah Rasulullah yang paling utama adalah DAKWAH.

Tarbiah dan Dakwah jalan seiring, keduanya adalah manifestasi daripada TAQWA dan SUNNAH.

Kalau baca surah Al Asr, ada 4 elemen yang disentuh supaya tak jadi orang rugi.

1. Beriman.
2. Amal Soleh - which mean tarbiah.
3. Sampaikan haq - which mean dakwah.
4. Sabar

---

Sebab tu bila orang kata,

"Nak tarbiah, mesti ikut usrah saja.."

Tak berapa tepat. Nak tarbiah bukan semata-mata usrah je, banyak lagi wasail (jalan) tarbiah yang kena follow. Antaranya,

1. rehlah (siar-siar)
2. daurah (kelas pengajian)
3. tamrin (latihan)
4. nadwah (himpunan)
5. muktamar (mesyuarat)
6. jaulah (bermusafir),
dan lain2.

Dah, lepas ni jangan gaduh-gaduh bab cinta Rasulullah bagai. Benda kecik pun nak gaduh, kang aku tarik tali pusat sorang-sorang, lepas tu tabur dengan kerengga baru tahu.

wallahu'alam.

Hidup Ini Mahal..Kau Rase ??

Assalamualaikum...hari nie aqu nk bukak citer apa makna Hidup Ini Mahal..hurmm

Ada yang suka dengan pendapat saya, ada yang benci dan berpendapat yang saya ni lupa diri sebab saya ni orang senang yang tak memahami kehidupan orang lain yang susah.
Jadi saya nak kongsikan sedikit kisah hidup saya yang byk org tak pernah tahu dan ini adalah perkongsian saya yang terakhir berkenaan dengan subjek ni.
– Bapa saya hilang pekerjaan ketika bulan 4 sehingga bulan 6,2014 dan selama 3 Bulan kami sekeluarga hidup dengan sardin dan telur sahaja kerana tak cukup wang simpanan. Semua barang kemas milik ibu saya dipajakkan untuk menampung hidup kami 7 beranak. Saya tak boleh merungut sebab ramai lagi yang takde duit untuk makan.
– Selepas bapa saya dipecat, beliau gagal mencari pekerjaan. Selepas hampir 3 Bulan, dia nekad cari pekerjaan untuk menyara kami. Akhirnya dapat jugak kerja baru sebagai mekanik kereta.Alhamdulillah
– Saya mungkin tak senang tetapi ramai kawan saya yang lain lebih susah dari saya. Kawan baik saya ibunya kena sakit buah pinggang dan duit belanja sekolah untuk makan pun takde. Seorang lagi dapat bapa jenis pukul dan ada isteri lain di luar. Ujian kawan-kawan saya jauh lebih besar dari saya jadi apa hak saya nak merungut?
– Semenjak saya dah sambung belajar, pakaian kebanyakannya dibeli sendiri dengan menggunakan duit biasiswa yang saya terima dari kerajaan, dan pakaian yang saya beli pun hanya yang murah je majority dari bundle. RM5 sahaja sehelai dan saya boleh pakai bertahun-tahun.
Inilah sedikit kisah hidup yang boleh saya kongsikan. Saya bermula bukan sebagai orang senang tapi saya jenis yang tak suka nak merungut dan suka fikir apa lagi yang saya boleh buat. Tambahan bila tengok ramai lagi orang yang lebih susah dari saya, apa pula hak saya nak merungut berlebihan?
Jadi,terbuktilah bahawa Hidup Ini Mahal..Kannnn,now..korang dengar laa lagu yg bertajuk :



                        HIDUP INI MAHAL

dari dulu sudah sering ku katakan
apa benar kau masih ingin tuk bertahan
rela rela kau bilang kau sungguh rela
untuk setia menanti aku di sana
ternyata dirimu mulai goyah
tak sabar sampai menungguku ku bisa
untuk memintamu
reff:
hidup ini mahal bila dipikirkan
cari makan untuk sebulan
menabung sulit apalagi sampai
ku harus melamar
sayang sudah susah jadi tambah susah
tolong sabar sebentar saja
bila berjanji ku pasti tepati
asal kau menanti
aku tahu berat beban yang kau rasakan
sungguh takkan dirimu ku sia-siakan
mengapa dirimu mulai goyah
tak sabar sampai menunggu ku bisa wo ow
repeat reff [2x]
dari dulu sudah sering ku katakan

Kenangan Beraya Bersama Arwah Atuk...

Assalamualaikum...hurmmmm



Hari Raya yang bakal menjelma x lama lagi...tapi,tahun nie maybe raya family aqu x seperti di tahun-tahun yang lepas...pagi raya selepas solat...first skali minta maaf dengan ahli keluarga,pastu..ziarah kubur arwah nenek moyang...sedihhhh


Lepas je balik dari kubur..terus je pergi umah makcik kat area kajang,jumpe arwah atuk..salam tangan atuk..pastu,atuk bagi duit raya...wuuu,duit rayaaa.Hurmm,tapi tahun nie family aqu x beraya dengan atuk dah...Atuk dah meninggal dunia pada tahun 2014...pemergian atuk ke rahmatullah sungguh menyayat hati...sedihhh,family aqu hanya mampu sedekahkan Al-Fatihah buat Arwah Atuk...Banyak kenangan manis yang family aqu pernah buat dgn arwah atuk dulu.Sedih,gembira semuanya bersama dgn arwah atuk..atuk juga ada lagu kesukaannya sendiri iaitu lagu  AISYAH - PULANGLAH..lagu yang sentiasa arwah atuk dengar time atuk nk tidur..sayu jee...Walau ape pun..semuanya tinggal kenangan..Aku mendoakan semoga arwah atuk tenang di sana...Ameen


\

Tapi,family aqu bernasib baik kerana ALLAH masih memberi peluang untuk kami bersama dengan nenek inshallah dalam masa yang panjang,Aku juga mendoakan semoga nenek sentiasa sihat selalu dan sentiasa tersenyum selalu
...Love You Nenek...

Apa-apa pun..aqu just nak ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin
Assalamualaikum,


TITISAN TINTA....

TITISAN TINTA....
Dalam sebuah pertemuan pasti ada perpisahan. Namun, perpisahan yang sangat indah adalah ketika kita bergenggam tangan, dan berjanji, "Kita untuk selamanya kawan, walaupun jarak menjauh, waktu memisahkan kita, namun dirimu akan tetap terkenang dalam sanubariku".