ASSALAMUALAIKUM
Tuesday, June 30, 2015
Cintai "RASULULLAH"
Ada yang tanya,
"macam mana nak buktikan Cinta pada Rasulullah?"
--
Beginilah. Kita balik kepada asas, or back to the basic principle.
Kita semua kata cinta Rasulullah. Tapi cinta Rasulullah TAK CUKUP hanya sembang kencang je kata aku cinta Rasulullah, aku rindu Rasulullah bagai.
Ia memerlukan kepada PEMBUKTIAN.
Macam mana nak tunjukkan bukti kita cinta Rasulullah? So nak tunjuk bukti cinta pada Rasulullah ada 3 yang utama.
1. Taat perintah Allah.
2. Jauhi larangan Allah.
3. Buat Sunnah Rasulullah.
Dengan taat perintah Allah dan jauhi larangan Allah, kita akan perolehi TAQWA. TAQWA akan dapat melalui jalan TARBIAH.
Sunnah Rasulullah yang paling utama adalah DAKWAH.
Tarbiah dan Dakwah jalan seiring, keduanya adalah manifestasi daripada TAQWA dan SUNNAH.
Kalau baca surah Al Asr, ada 4 elemen yang disentuh supaya tak jadi orang rugi.
1. Beriman.
2. Amal Soleh - which mean tarbiah.
3. Sampaikan haq - which mean dakwah.
4. Sabar
---
Sebab tu bila orang kata,
"Nak tarbiah, mesti ikut usrah saja.."
Tak berapa tepat. Nak tarbiah bukan semata-mata usrah je, banyak lagi wasail (jalan) tarbiah yang kena follow. Antaranya,
1. rehlah (siar-siar)
2. daurah (kelas pengajian)
3. tamrin (latihan)
4. nadwah (himpunan)
5. muktamar (mesyuarat)
6. jaulah (bermusafir),
dan lain2.
Dah, lepas ni jangan gaduh-gaduh bab cinta Rasulullah bagai. Benda kecik pun nak gaduh, kang aku tarik tali pusat sorang-sorang, lepas tu tabur dengan kerengga baru tahu.
wallahu'alam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment