ASSALAMUALAIKUM

Tuesday, June 30, 2015

Jangan Dengar Lagu Perempuan...Haram !!


Dengar Lagu Perempuan dan Metal

--

Dulu masa saya zaman sekolah dan matrikulasi, saya antara yang suka melayan lagu-lagu terutama lagu perempuan. Siapa penyanyi tu, tak payah sebut la.

Buat malu aku je.

Bukan sekadar lagu-lagu perempuan, saya pun selalu layan lagu-lagu metal macam MCR, A7X, COF, etc.

Tetapi..

Bila satu hari saya dengar tazkirah kat masjid KMJ tu, dia sebut tentang haram dengar lagu-lagu yang ada unsur haram seperti syirik, seks, cinta sebelum nikah, bahkan haram kepada lelaki untuk dengar lagu suara perempuan.

Saya sentap terus hari tu. Mulanya rasa macam tak nak terima apa ustaz tu sebut, tapi syukur iman saya masih ada lagi masa tu. Saya fikir memang betul apa ustaz tu sebut, dah la dia bawa dalil lagi.

Saya hujah dan dalil apa pun takde, tapi asyik bajet bagus dan betul je. Kena pula ego saya melangit biru sebab masa tu saya biasa jadi imam kat masjid KMJ.

Gila kau imam layan lagu COF dan A7X. Lebih hampeh, layan lagu perempuan pulak tu. Halamak.

---

Akhirnya malam tu saya muhasabah sungguh2. Saya istighfar banyak2, sebab saya teringat amaran Allah bahawa celakalah orang yang dah diberi peringatan, tetapi tak nak terima.

Malam tu juga, saya delete semua lagu semua tu dalam handphone, MP3, dan pendrive (masa tu takde laptop). Termasuk juga saya delete lagu Nasyid yang jiwang karat tangkap leleh bagai.

Syukur pada Allah, sejak dari tu saya dah tak dengar lagi lagu2 macam tu, hatta lagu nasyid yang jiwang karat tangkap leleh sekalipun. Malah kalau dengar radio dalam kereta sekalipun, kalau keluar lagu2 perempuan ataupun yang haram, saya terus tukar channel.

Kalau takde channel yang best, tutup je la radio kereta.

wallahu'alam

No comments:

Post a Comment

TITISAN TINTA....

TITISAN TINTA....
Dalam sebuah pertemuan pasti ada perpisahan. Namun, perpisahan yang sangat indah adalah ketika kita bergenggam tangan, dan berjanji, "Kita untuk selamanya kawan, walaupun jarak menjauh, waktu memisahkan kita, namun dirimu akan tetap terkenang dalam sanubariku".