ASSALAMUALAIKUM
Wednesday, July 8, 2015
Perlu ke aku dibandingkan dengan orang lain..
Dulu masa kecik-kecik, saya agak terkilan bila ibu cuba membandingkan saya dengan orang lain.
"Cuba kau tengok anak pak anjang tu, pandai siap masuk MRSM."
"Kau tengok anak jiran belakang rumah tu, dapat straight A's SPM.."
dan segala macam perbandingan saya dengan orang lain. Sampai dulu pernah saya 'memberontak' dalam hati,
"Ala, biarlah mereka. Mereka tu cara mereka, orang cara orang la. buat apa nak banding-bandingkan.."
Walaupun alhamdulillah sekarang ibu tak macam tu lagi, tapi kadang-kadang saya terfikir,
"Kenapa ibu banding-bandingkan aku?"
Lepas saya muhasabah, baru saya perasa sesuatu. Saya pun suka MEMBANDING-BANDINGKAN ibu dengan orang lain.
Bila saya pergi rumah kawan saya yang keluarga besar, rumah besar, saya akan kata,
"Bestnya dapat mak ayah macam kau.."
"Ee.. sportingnya mak kau.. Kan bagus mak aku sporting macam mak kau.."
dan segala bagai perbandingan yang saya buat antara ibu dengan orang lain. Saya muhasabah dalam-dalam. Ini mungkin kafarah dosa saya dapat, kesan dari saya buat pada orang lain, khususnya ibu.
---
Point saya nak sampaikan,
1. Kepada korang semua yang baya-baya saya, masih lagi belum kahwin, ataupun dah kahwin tapi belum ada anak,
tetapi masih mempunyai ibu bapa..
Nasihat saya untuk korang, JANGAN pernah membandingkan ibu bapa korang dengan ibu bapa orang lain. Terutama sekali bila korang pergi rumah kawan-kawan korang.
Jangan pernah bandingkan,
"Ish.. baguslah ayah kau. Ayah aku tak macam ni pun.."
"Mak kau ni solehah la.. kalau mak aku, membebel je.."
"Mak ayah kau sporting la. Mak ayah aku asyik kongkong je.."
dan segala bagai perbandingan. Jangan pernah bandingkan!
Saya tahu dan faham, sebagai anak-anak kita TAK SUKA dibanding-bandingkan oleh ibu bapa kita dengan orang lain kan? Sapa je yang suka mak ayahnya membanding-bandingkan dia dengan orang lain.
Cuba muhasabah balik, bape kali kita dah banding-bandingkan ibu bapa kita dengan ibu bapa orang lain?
Hargai ibu bapa kita. Mereka hanya satu, TAKDE pengganti lain dah kat dunia ni, walau berjuta pun harganya. Dan takde juga kage bunshin sekalipun. Kelemahannya kita tampung, kelebihannya kita hargai.
Mereka hanya satu je, tiada ganti. Mereka yang melahirkan dan membesarkan kita, jangan sia-siakan mereka.
Mereka adalah antara hadiah yang Allah bagi pada kita.
---
2. Kepada Tuan Puan, Dato' Datin (kalau ada), Haji Hajah (kalau ada yang follow) yang sebaya dengan mak ayah saya,
tetapi mempunyai anak dan cucu,
Nasihat saya yang tak pandai, kurang makan 'garam', dan cakap tak serupa bikin ni kepada anda sekalian, JANGAN pernah membanding-bandingkan anak-anak anda dengan anak orang lain.
Ketahuilah, anak-anak anda tak suka dibandingkan dengan anak orang lain. Mereka nak anda HARGAI mereka, dan IKTIRAF kebolehan dan kelebihan yang mereka ada.
Mereka nak jadi diri mereka, bukan nak jadi anak mak ngah, anak mak uda, anak mak teh, mak long, dan lain2.
Mereka nak jadi anak TUAN PUAN sendiri. Dan mereka nak jadi diri mereka.
Jadi, jangan banding-bandingkan mereka, tetapi BANTU mereka untuk jadi yang terbaik. Kelemahan mereka anda bimbing, kelebihan mereka anda iktiraf dan hargai.
Kerana mereka hanya satu di dunia, tiada dua atau tiga. Anak-anak tuan puan mungkin ada 10, tetapi setiap 10 tu kalau hilang 1, takkan kembali balik, dan tiada yang mampu ganti semula.
Mereka adalah anak-anak dari darah daging tuan-puan, jangan sia-siakan mereka.
Mereka adalah antara hadiah yang Allah bagi pada anda.
---
Maaf jika tulisan ni panjang, ia adalah sedikit coretan dari buku saya akan datang insyaAllah (Aku Bukan Malaikat). Cuma ia luahan hati seorang anak, dan seorang bakal suami serta ayah untuk akan datang.
wallahu'alam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment