ASSALAMUALAIKUM
Wednesday, July 1, 2015
Persediaan Mendapat Jodoh...
Jodoh Allah dah tetapkan seperti yang disebut dalam hadis sahih, so kita TAK PERLU CARI. Yang kita kena lakukan adalah buat PERSEDIAAN untuk dapatkan jodoh yang baik.
---
Apa maksud "persediaan" untuk dapatkan jodoh yang baik?
Analoginya begini,
Waktu bulan Ramadhan, masa nak berbuka tu, kita selalu sebut apa? Biasanya kita akan sebut,
"Dah siap-siap nak berbuka belum?"
"Ish, lagi bape minit nak buka ni. Dah buat persediaan berbuka belum?"
Ataupun waktu nak Raya, kita biasa akan sebut,
"dah buat persediaan nak raya?"
"Apa persediaan raya tahun ni?"
Jadi apa maksud "persediaan" tu? adakah kita duduk di dapur sambil tunggu makanan turun dari langit untuk kita berbuka?
atau adakah kita duduk dalam bilik sambil tunggu pakaian raya turun dari langit untuk kita?
Kita sendiri faham "persediaan" nak berbuka puasa atau nak sambut raya tu macam mana. Takkan kita tak boleh nak related dengan "persediaan" untuk dapatkan jodoh?
---
Jodoh ada dua, jodoh yang baik dan jodoh yang buruk/jahat. Jadi "persediaan" untuk dapatkan jodoh yang baik pula macam mana?
1. Taat perintah Allah, jauhi larangan Allah, ikut sunnah Rasulullah.
2. Study pasal hukum hakam munkahat termasuk buku psikologi lelaki perempuan.
3. Dapatkan nasihat orang yang dah lama kahwin terutama mak ayah.
4. Kena ada keyakinan tinggi dan dapat predict apa masalah bakal berlaku selepas kahwin(mental strength). Jangan sekadar sembang,
"emm.. aku nak kahwin.. tapi.. emm.. tahun ni ke.. emm.. tahun depan kot.. err.. 2 tahun lagi la kot.."
Cis.
5. Guna orang tengah untuk cari calon. Jaga ikhtilat.
6. Merisik.
7. Bertunang (sebaiknya hari tu tunang, hari tu juga nikah)
8. Nikah.
--
Ini persediaan nak dapatkan jodoh yang baik. Nak dapatkan jodoh yang buruk / jahat pula macam mana?
1. Tak payah taat perintah Allah, main redah je larangan Allah. Sunnah Rasulullah? Hmm.. Punah..
2. Baca buku ilmiah malas. Rajin baca novel cinta je. Paling power novel pun mawar berduri. Lepas tu layan movie2 cinta bagai.
3. Nasihat mak ayah tak payah dengar. Mak kata,
"Tangguh la niat nak kahwin tu dulu.. kahwin lagi 2 tahun ea?"
korang pun jawab,
"Arghh.. mak tak faham saya mak. Mak tak baik halang anak muda nak nikah. Patutnya mak nikahkan saya je. Tak payah tunggu habis belajar, ada kereta keja bagai. Saya boleh jaga isteri saya."
Padahal mak korang belum puas lagi lepas rindu dan bermanja dengan korang. Dah la balik kampung 2,3 bulan sekali je. Telefon mak ayah pun seminggu sekali. Itupun sebab mak ayah telefon dulu.
4. Tak perlu yakin, cukup cuma sembang kencang je. Bila cakap bila nak kawin,
"Emm.. aku nanti dulu la kot.. Tahun depan muda lagi.."
5. Cari makwe / pakwe. Couple, kemudian ajak dating, keluar pergi sana sini. Ajak tengok wayang, keluar dating makan sama2, pegang tangan, etc.
6. Merisik.
7. Bertunang. Buat majlis grand bagai sampai kos RM100,000.60 sen (ada GST) Padahal gaji sebulan RM900.00 je.
8. Nikah.
Kalau lepas kahwin tak taubat, jadilah pasangan yang hampagas.
Sekian,Terima Kasih..Assalamualaikum
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment